"ah..kenapa berat sangat mata aku nak bukak ni...peningnya.." Tasha membuka matanya perlahan - lahan. Tiba - tiba muncul wajah yang paling di bencinya di depan mata. Tasha sungguh terkejut dan menjerit apabila mendapati Qal tidur disebelahnya.
Tasha meraba - raba badannya. Pakaiannya masih berada di badannya. Lega.rasa hati Tasha.. Geram sungguh Tasha melihat Qal Tidur dengan nyenyak bagai tiada apa yang berlaku. Tasha menampar muka Qal yang sedang tidur nyenyak tu..
"Aduh...sakitlah!!..." jerit Qal yang tersentak dari tidur bila Tasha menampar mukanya.
"woi...macam mana kau boleh ada kat sebelah aku ni?..aku ni kat mana sekarang ni?..aku nak balik...bawak aku balik!!...jerit Tasha sambil memukul Qal bertubi-tubi..
"Sabar Sha... aku terangkan kat kau ape dah jadi semalam..tolong Sha..jangan la pukul aku..." ujar Qal sambil mengelak dari pukulan bertubi - tubi dari Sha..
"cepat sikit cakap..kalau tak..aku report polis..cakap kau cuba rogol aku..."ujar Sha sambil membuat aksi mahu memukul Qal lagi...
"macam ni Sha..semalam,megat yang mabuk tu pukul kepala kau..lepas tu kau pengsan.aku panik Sha...kepala kau berdarah. aku bawak kau balik rumah aku dan aku tak sengaja tertidur kat sebelah kau sebab aku nak tunggu kau sedar..betul Sha..aku tak tipu..kau boleh tanya Makcik Mah, orang gaji aku..."jelas Qal panjang lebar.
"mana Makcik Mah tu?..mana? panggil dia sekarang jugak..aku nak tanya!!...."
Qal yang ketakutan segera mejerit memanggil makcik mah,orang gaji di rumahnya. Makcik Mah bergegas ke bilik tuan mudanya dan telah menerangkan kepada Tasha, perkara yang terjadi semalam.
"betul cik, ape Qal kata tu betul, makcik yang balutkan luka kat kepala cik yang berdarah tu.Qal risau sangat bila tengok cik tak sedarkan diri semalam"
Tasha terdiam sambil meraba - raba kepalanya...memang benar ada luka di tepi dahinya.
"aku nak balik!!.."
"ok..aku hantar kau ye..aku mintak maaf Sha...aku tak sengaja..."
sepanjang perjalanan Qal menghantar Tasha kerumah sewanya, Tasha membisu seribu bahasa dan tidak memandang langsung muka Qal, menyebabkan Qal merasa bersalah yang teramat sangat pada Tasha.
sampai sahaja didepan pagar rumah sewa , Tasha terus membuka pintu kereta dan sengaja menghempas pintu kereta Qal dengan kuat, menandakan dirinya masih lagi marah kepada Qal yang terkedu melihat perlakuan Tasha itu.
Tasha masuk terus kedalam rumah dan membiarkan Qal terkebil-kebil sendirian didalam keretanya.
BAB 2
Posted in
DENDAM NATASHA,
NOVEL ONLINE
Posted by
Lieza Sakura
on Saturday, October 3, 2009
at
11:23 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment