"Sha...aku ngantuk la...." ujar Mell sambil menguap.
" Ye lah Sha..aku pun dah mengantuk ni, kita sambung esok je lah" sambung Kam menyokong Mell.
Sha hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Sememangnya falsafah hidup Nur Alia Natasha bin Zulkarnain ialah, bila buat sesuatu mesti siapkan sampai akhir.
"kita pergi minum nak? aku belanja" kata Tasha kepada kedua - dua kawan baiknya itu.
Kasihan pula rasa hati tasha, tapi apakan daya, tugasan prof. Ariffin mesti di siapkan sebelum Khamis ini.Jika lambat hantar, mungkin markah mereka akan di potong.
"kau belanja Sha?...aku on je.." jawab Mell yang bingkas bangun bila terdengar pelawaan Tasha itu.
"kau kam...ikut tak?.." tanya Mell lagi
"em..aku nak siapkan taip report ni...aku kirim je la eh...roti canai dengan teh tarik"
Tasha dan Mell pun bersiap - siap nak keluar rumah. dengan menaiki kereta Mell, mereka bergerak menuju ke restoran berhampiran. Sesungguhnya mereka sungguh kelaparan pada masa itu.
Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi, namun suasana di dalam restoran itu tetap sibuk penuh dengan pelanggan.
"Sha...Kam oder ape eh? lupa la pulak....aku tak bawak handphone nak tanya"...
"Alahai...aku pun lupe la Mell...jap aku SMS dia.." jawab Tasha sambil meraba - raba poket seluarnya mencari handphonenya.
"Mell, handphone aku tertinggal dalam kereta kau lah...bak kunci aku nak pergi ambik.."
Mell pun menyerahkan kuncinya kepada Tasha. Tasha pun menuju kearah kereta Mell yang terletak di hujung deretan kereta yang memenuhi tempat letak kereta itu. Agak gelap kawasan tempat kereta tu.
Sedang Tasha mencari handphonenya di dalam kereta Mell, tiba - tiba Tasha ditegur oleh satu suara yang tak asing bagi Tasha. "Sha sayang, buat ape tu..?" sah, suara yang paling menjengkelkan pada halwa telinga Tasha.
Qal, romeo nombor satu di Universiti. Petik jari je, bersusun awek datang beratur. Tetapi Tasha, perempuan pertama yang menolak ajakan Qal untuk menjadi kekasihnya. Sememangnya itu tamparan yang besar bagi Haiqal bin Dato Ismail.
"kau sebok sangat kenapa Qal?..blah la..." jawab Tasha kasar.
"Ala sayang..jangan la macam ni.." Qal berkata sambil cuba memeluk Tasha. Tindakan luar kawal Qal yang sememangnya sedang mabuk itu di sambut dengan hilai tawa kawan - kawannya yang berada di dalam kereta Qal.
Tindakan Qal yang cuba memeluknya menyebabkan Tasha memberikan sebiji tumbukan ke muka Qal. Kawan - kawan Qal yang berada di dalam kereta ketawa terbahak - bahak apabila melihat Qal di tumbuk oleh Tasha.
Tasha pun mengunci kereta Mell dan ingin segera beredar dari situ...tiba - tiba tangannya di rentap kasar oleh Qal. Qal menarik Tasha dan menutup mulutnya. Tasha meronta untuk melepaskan diri sambil menjerit - jerit meminta tolong.
Tiba - tiba datang Megat Hisyam, iaitu kawan Qal memukul kepala Tasha dengan kayu. Qal terkejut dengan tindakan kawannya itu..
"woi...kau gila ke Megat? kenapa kau pukul kepala dia?" bentak Qal...
"bising la minah ni...bingit ko tao tak..haa...kan dah diam..." ujar Megat tanpa rasa bersalah...
Tasha mula rasa pening - pening kesan hentakkan kayu tu tadi, penglihatannya semakin kabur...tiba - tiba Tasha rebah ...pengsan...
BAB 1
Posted in
DENDAM NATASHA,
NOVEL ONLINE
Posted by
Lieza Sakura
on Saturday, October 3, 2009
at
10:28 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment